Fortune Global 500

Fortune Global 500 adalah suatu kedudukan 500 perbadanan seluruh dunia diukur mengikut hasil. Senarai ini disusun dan diterbitkan oleh majalah Fortune.Sehingga tahun 1989 ia menyenaraikan hanya perbadanan industri bukan-AS di bawah tajuk "International 500", manakala Fortune 500 mengandungi dan masih mengandungi syarikat-syarikat AS secara ekslusif . Pada tahun 1990, syarikat-syarikat AS telah ditambah untuk menyusun satu senarai kedudukan perbadanan industri yang benar-benar global mengikut jualan. Pada tahun 2005, lebih daripada 450 daripada mereka beribupejabat di Eropah (195), Amerika Syarikat (176), dan Jepun (80).[1]Semenjak 1995, senarai berkenaan sudah pun mempunyai bentuk terkini, menyenaraikan juga perbadanan kewangan dan pembekal perkhidmatan mengikut hasil.